Tuesday, October 16, 2007

Please la jangan tanye title..

Assalamualaikum..

>first sekali perlu diingatkan,post ini akan menggunakan bahasa santai a.k.a rojak...ia akan mengandungi campuran bahasa.Cth: (baek ko confirm ngan mamat tu).ayat yg dikurung di atas mengandungi dua bahasa iaitu inggeris dan melayu,so saya harap sume orang faham la

Seperti yg dijanjikan(haritu kan dah janji nak tulis blog)

Ok la senang citer saye ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin umumnye kepada sume orang yg m'ziarahi blog ni dan khasnyer pade Mullah Akhi dan Hikmat..sebabnyer diorang ni rakan saye dalam menulis blog nih(xde sebab lain)...

Di sini saye ade 1 permintaan:Sape boleh kasi idea nak tulis aper??!!

Memang xde idea langsung,serius!

agaknyer saye nih mmg x ade bakat utk menulis blog la....
TP TAKPE......
saye akan berusaha lagi utk meningkatkan mutu post2 yg akan dtg...
saye juge berharap anda sume dpt lend me a helping hand dalam proses meningkat mutu post.

Akhir kalam,(arghhhh tau aper nak tulis gak)

Assalamualaikum,
Gott segnen Sie allen

yg blank,
Alep






Sunday, October 14, 2007

Imeem? Youtube?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Introduksi
Selamat Hari Raya Aidilfitri saya dahulukan pada tulisan saya kali ini. Imeem & Youtube? Apabila terdengar nama2 tersebut pasti anda mengenali website2 tersebut dan fungsinya.. imeem untuk lagu dan youtube untuk video dll..pernahkah anda terfikir untuk download lagu2an & video2an dari website tersebut? Jadi disini saya ingin kongsi bersama bagaimana untuk download lagu2 & video2 dari website tersebut, bagi mereka yang tidak tahu~

Software yg diperlukan
>Free Music Zilla
>Freez FLV to MP3 Converter(free)
>Freez FLV to AVI,MPEG,WMV converter (free)

Prosidur
1)
Download & Convert lagu dari Imeem~

i)Setelah download Free Music Zilla, Setup dan next,next dan next~dan setelah selesai(buka software Free Music Zilla), maka buka website Imeem, Sign-Up dahulu (agar dapat dengar lagu2) dan search lagu2 yg diminati, buka dan play(mesti play). Buka window Free Music Zilla dan anda akan dapati yg di bahagian file name, terdapat nama fail yg pelik2 contohnya : M11SLSQyhthasd. Klik 2 kali pada nama fail tersebut ataupun klik sekali dan pilih 'download' dan file itu akan didownload didalam jenis FLV. Pastikan lagu yg di'play' itu tidak ditukar, contohnya : lagu yg sedang play:Raihan - Gema Alam kemudian saya menukarnya dengan lagu rock & roll. Sekiranya berlaku sedemikian, download akan cancel dan ia akan download 'Rock & Roll' dan bukan 'Raihan -Gema Alam'.

ii)Setelah selesai download,buka folder dimana lagu yg baru didownload itu ditempatkan (biasanya C:\Downloads) dan rename nama file yg baru didownload itu dengan nama sebenarnya agar memudahkan anda sendiri. Seterusnya buka software Freez FLV to Avi Converter dan pilih 'Add flv file(s)' dan pilih lagu2 yg berformat flv yg baru didownload. Setelah selesai pilih, klik 'Start Converting' tunggu ia siap dan pastikan remove semua file yg telah selesai di'convert' dari senarai file untuk di'convert'(pastikan). Setelah selesai, anda bebas untuk mendengar lagu yg baru anda download & convert dimana2~selesai..

2)Download & Convert video dari Youtube~

i)Buka website Youtube dan pilih video mana2 yang anda minat untuk download.

ii)
Ambil URL video tersebut(contoh : http://youtube.com/watch?v=gUQSjPy2AjQ) dan buka website YoutubeX dan paste URL video yg anda pilih(contoh : http://youtube.com/watch?v=gUQSjPy2AjQ) dan paste pada kotak pertama dan klik 'Download Video'

iii) Buka Freez FLV to AVI converter, klik 'Add' dan pilih video yang baru sahaja anda download dan klik 'Start'. Setelah selesai, anda boleh melihat video yg anda download dimana2~selesai..

Penutup
Baiklah, saya rasa gaya bahasa tutorial ini agak kompleks dan sukar difahami, jadi sekiranya ada perkara yg tidak faham, boleh lah komen/tanya di tagboard.

FAQ (Fraquently Asked Question)
>Asal kene convert?
- Oleh kerana FLV file tak semua player bole bukak, jadi convert la format tuh jadik MP3/Avi baru banyak player boleh bukak.

Thursday, October 11, 2007

Nak habis dah ke?

29 Ramadhan 1428
Assalamualaikum wa Rahmatullahi Wabarakatuh

hmm..apabila saya lihat kembali kedalam blog ini, baru saya sedar rupanya setelah lama blog ini dicipta, saya masih belum menulis post pertama saya didalam blog ini. Baiklah, tanpa disedari, hari bertarikh 29 Ramadhan 1428h..jadi kepada sesiapa yang sangat excited untuk merayakan Syawal yang bakal tiba ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin~

Ramadhan sudah hampir pergi, apa yang dapat? Ini dialog yg dapat dicuri dari sebuah blog :

"kau da juzu' bape da?"
"20 tp aku rase aku x sempat abes sblm abes ramadan"
"ala.. smbng je la lps abes ramadan"
"malas.."

haha..nampaknya keadaan tersebut turut berlaku keatas diri saya sendiri~ mengikut pandangan saya, Ramadhan bukanlah sebuah 'Bulan Masuk Syurga' dan manakala apabila bulan lain tiba pula 'Bulan Kosong' dan saya rasa ketibaan Ramadhan adalah untuk meningkatkan semangat seseorang untuk beramal dan seterusnya menyambung amalannya kebulan seterusnya~ jadi sementara masih ada ruang untuk post, saya ingin kongsi bersama sepotong
firman Allah didalam surah Fussilat ayat 30:
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
dan, disini saya turut ingin kongsi bersama dua buah hadis ~

1)Tidak lurus (Istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya (HR Imam Ahmad)
dan yang kedua pula;
2)Apabila seseorang anak adam berada di waktu pagi, semua anggota tubuhnya mengingatkan lidah denga berkata; 'Takutlah kamu (wahai lidah) kepada Allah kerana kami, kerana sesungguhnya kami ini bergantung kepadamu, bila kamu lurus(istiqomah) maka lurus pulalah kami, bila kamu tidak lurus maka tidak luruslah kami.

Baiklah, saya tahu post saya ini agak membosankan apabila dibaca~dan akhir sekali saya ingin mengucapkan minta maaf kerana membuang sedikit masa yang berharga buat kalian yang membaca~sekian,Wassalam