Thursday, October 11, 2007

Nak habis dah ke?

29 Ramadhan 1428
Assalamualaikum wa Rahmatullahi Wabarakatuh

hmm..apabila saya lihat kembali kedalam blog ini, baru saya sedar rupanya setelah lama blog ini dicipta, saya masih belum menulis post pertama saya didalam blog ini. Baiklah, tanpa disedari, hari bertarikh 29 Ramadhan 1428h..jadi kepada sesiapa yang sangat excited untuk merayakan Syawal yang bakal tiba ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin~

Ramadhan sudah hampir pergi, apa yang dapat? Ini dialog yg dapat dicuri dari sebuah blog :

"kau da juzu' bape da?"
"20 tp aku rase aku x sempat abes sblm abes ramadan"
"ala.. smbng je la lps abes ramadan"
"malas.."

haha..nampaknya keadaan tersebut turut berlaku keatas diri saya sendiri~ mengikut pandangan saya, Ramadhan bukanlah sebuah 'Bulan Masuk Syurga' dan manakala apabila bulan lain tiba pula 'Bulan Kosong' dan saya rasa ketibaan Ramadhan adalah untuk meningkatkan semangat seseorang untuk beramal dan seterusnya menyambung amalannya kebulan seterusnya~ jadi sementara masih ada ruang untuk post, saya ingin kongsi bersama sepotong
firman Allah didalam surah Fussilat ayat 30:
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
dan, disini saya turut ingin kongsi bersama dua buah hadis ~

1)Tidak lurus (Istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya (HR Imam Ahmad)
dan yang kedua pula;
2)Apabila seseorang anak adam berada di waktu pagi, semua anggota tubuhnya mengingatkan lidah denga berkata; 'Takutlah kamu (wahai lidah) kepada Allah kerana kami, kerana sesungguhnya kami ini bergantung kepadamu, bila kamu lurus(istiqomah) maka lurus pulalah kami, bila kamu tidak lurus maka tidak luruslah kami.

Baiklah, saya tahu post saya ini agak membosankan apabila dibaca~dan akhir sekali saya ingin mengucapkan minta maaf kerana membuang sedikit masa yang berharga buat kalian yang membaca~sekian,Wassalam



No comments: